Wednesday 2 January 2013

WEEK 14

Pada minggu terakhir ini kami perlu bertungkus lumus menyiapkan tugasan kami yang terdiri daripada tugasan individu dan berkumpulan..Alhamdulillah, dengan segala keringat dan usaha saya berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan. Bagi jadual tugasan berkumpulan, saya memainkan peranan melukis gambar burung dan botol(rasa seronok trace sebab tak pandai melukis), membuat animasi burung terbang, membuat animasi burung masukkan batu ke dalam air, merakam suara seorang diri dirumah dan membuat kredit pada akhir persembahan projek.

Berikut merupakan projek akhir berkumpulan :
   Berikut merupakan montaj untuk tugasan individu :


Monday 3 December 2012

WEEK 13

Pada hari ini kami mempelajari tentang topik "Animatic" . Animatic boleh didefinisikan sebagai lebih kurang storyboard yang dinamik.

Berikut adalah cara untuk membuat animatik  :
1) Import kesemua pictures ke dalam library
2) Kemudiam pergi View - Grid - Show Grid
3) Lukis Rectangle - warna merah
4) Buat layer baru - drag image pertama
5) Buat motion tweening / pan / zoom

Konsep Fade in/ Fade out
1) Masukkan layer baru (namakan box) - lukis kotak warna hitam untuk tutup kesemua picture
2) Convert kotak kepada simbol (Graphics)
3) Tekan pada box- pilih color(Alpha-kotak dibawah properties) - setkan  0
4) Masukkan keyframe baru - Tekan pada box- pilih color(Alpha-kotak dibawah properties) - setkan  100

Konsep dissolve (pudar)
1) Sama seperti fade in/fade out
2) Tetapi masukkan dua cerita dalam satu scene- kemudian fade kan

Berikut merupakan latihan yang saya telah lakukan didalam kelas iaitu pan/zoom


Berikut merupakan latihan yang saya telah lakukan didalam kelas iaitu rabbit sedang berlari-lari dengan senang hati

Tuesday 27 November 2012

WEEK 12

Kami tiada kelas pada hari ini kerana Prof Jamal terlibat dengan workshop di fakulti (^_^)


Tuesday 20 November 2012

WEEK 11

Kami meneruskan lagi kelas pada hari ini dengan persembahan dari pelajar berkaitan 11 prinsipal animasi.
Antara prinsipal yang dipelajari ialah :
1) Squash and stretch : the volume still the same / constant contoh seperti macam kita baling belon yang ada air, bila kita baling belon, nampak macam berubah tapi sebenarnya fizikal belon tu tidak berubah..

2) Exaggeration : "over" contoh seperti buat animasi orang yang tengah marah, buat betul-betul seperti orang tengah marah

3) Timing and motion : speed of an action/ movement

4) Anticipation : untuk menunjukkan sesuatu lebih realistik contoh seperti sebelum nak lompat , kita pijak tanah dulu (action ni dinamakan anticipation)

5) Staging : untuk menarik perhatian penonton contoh seperti dalam lima benda, empat bergerak dan yang satu tu tak bergerak. Yang tak bergerak dinamakan staging.

6) Follow through & overlapping :

5) Slow in & slow out : contoh roller coaster , bila kita nak naik slow, bila turun laju. Macam tulah dalam realiti diaplikasikan ke dalam animasi.

Animation@Production

Dalam membangunkan animasi, kita perlu mempunyai 3 prosedur tersebut iaitu :

1) Pre production : plan, storyboard/scripting
2) Production : proses semasa membuat animasi, testing
3) Post production

Monday 19 November 2012

WEEK 10

Mid term break... horeyyyy !!!


Thursday 8 November 2012

WEEK 9

Hari ini adalah hari pertama kami memulakan kelas untuk 2D animation bersama pensyarah yang digemari ramai di fakulti pendidikan multimedia iaitu Prof Jamaluddin.

Pada hari ini kami perlu mengimbas kembali segala pengetahuan berkaitan subjek authoring system, CD-rom dan technology media design. Kesemua subjek ini adalah related dengan subjek ini dan ilmu itu diguna pakai untuk pembelajaran animation.

Pertama kalinya kami perlu mengetahui dan mengingati tentang elemen penting dalam animation iaitu :

1) Keyframe : keyframe adalah starting dan ending points dalam menghasilkan animation. Kita perlu mempunyai sekurang-kurangnya dua keyframe.

2) Tweening : datang dari perkataan "in between". ada dua jenis tweening dalam flash iaitu motion tweening dan shape tween

3) Onion skinning : proses menekap gambar. Sangat bagus untuk pelajar yang tidak pandai untuk melukis dan boleh menggunakan features ini untuk menghasilkan gambar yang cantik

4) Frame by frame : Gambar bingkai dalam turutan yang digunakan untuk menghasilkan animasi\

5) Frame rate : untuk animasi, 12fps adalah sangat sesuai digunakan.. Sekiranya kita letak lebih dari 15, file akan jadi besar dan berat.Pergerakan animasi juga akan jadi lambat


Monday 29 October 2012

WEEK 8



Kami meneruskan lagi kelas pada hari ini mengenai tajuk "editing". Kita perlu mengetahui kenapa kita perlu untuk mengubahsuai video. Di antara sebab dan tujuan editing diperlukan ialah :
1) untuk menjadikan ia lebih bermakna dan menarik
2) untuk membuat turutan yang sempurna (perfect sequences)
3) untuk membuat jalan cerita yang lengkap
4) untuk memasukkan elemen-elemen seperti audio, transition dan sebagainya
5) memasukkan "cut-away shot" supaya video kelihatan lebih menarik

# Video Leader
Video leader ialah pembukaan bagi sesuatu video. kegunaan video leader adalah untuk memperkenalkan jalan cerita. Sebagai contoh, dalam drama akan diperkenalkan pelakon dahulu kemudian barulah tayangan drama bermula.
Montage : fast track of key program. untuk mendapatkan perhatian penonton

#Non Linear editing : editing menggunakan peralatan teknologi terkini
#Linear editing : jarang/tidak digunakan lagi pada masa kini
#Loose Vs Tight editing : Loose = meletakkan semua elemen secara detail. Sebagai contoh : kita nak rakam cara bagaimana nak memandu kereta. Penggambaran dimulakan dari nak buka kereta, masuk dalam kereta dan duduk, masukkan kunci, tarik gear dan jalan. Tetapi Tight = merakam secara singkat dan mudah sebagai contoh terus rakam org dah masuk kenderaan dan dah jalan
#Online Vs Offline editing : Offline = rough editing / hanya elemen tertentu
Online = meletakkan semua elemen dan connected (complete connected facilities)
#Mark in Vs Mark out : cut in , cut out
#Assemble Vs Insert editing : Assemble = cut dan sambung,Insert = edit, clean