Tuesday 27 November 2012

WEEK 12

Kami tiada kelas pada hari ini kerana Prof Jamal terlibat dengan workshop di fakulti (^_^)


Tuesday 20 November 2012

WEEK 11

Kami meneruskan lagi kelas pada hari ini dengan persembahan dari pelajar berkaitan 11 prinsipal animasi.
Antara prinsipal yang dipelajari ialah :
1) Squash and stretch : the volume still the same / constant contoh seperti macam kita baling belon yang ada air, bila kita baling belon, nampak macam berubah tapi sebenarnya fizikal belon tu tidak berubah..

2) Exaggeration : "over" contoh seperti buat animasi orang yang tengah marah, buat betul-betul seperti orang tengah marah

3) Timing and motion : speed of an action/ movement

4) Anticipation : untuk menunjukkan sesuatu lebih realistik contoh seperti sebelum nak lompat , kita pijak tanah dulu (action ni dinamakan anticipation)

5) Staging : untuk menarik perhatian penonton contoh seperti dalam lima benda, empat bergerak dan yang satu tu tak bergerak. Yang tak bergerak dinamakan staging.

6) Follow through & overlapping :

5) Slow in & slow out : contoh roller coaster , bila kita nak naik slow, bila turun laju. Macam tulah dalam realiti diaplikasikan ke dalam animasi.

Animation@Production

Dalam membangunkan animasi, kita perlu mempunyai 3 prosedur tersebut iaitu :

1) Pre production : plan, storyboard/scripting
2) Production : proses semasa membuat animasi, testing
3) Post production

Monday 19 November 2012

WEEK 10

Mid term break... horeyyyy !!!


Thursday 8 November 2012

WEEK 9

Hari ini adalah hari pertama kami memulakan kelas untuk 2D animation bersama pensyarah yang digemari ramai di fakulti pendidikan multimedia iaitu Prof Jamaluddin.

Pada hari ini kami perlu mengimbas kembali segala pengetahuan berkaitan subjek authoring system, CD-rom dan technology media design. Kesemua subjek ini adalah related dengan subjek ini dan ilmu itu diguna pakai untuk pembelajaran animation.

Pertama kalinya kami perlu mengetahui dan mengingati tentang elemen penting dalam animation iaitu :

1) Keyframe : keyframe adalah starting dan ending points dalam menghasilkan animation. Kita perlu mempunyai sekurang-kurangnya dua keyframe.

2) Tweening : datang dari perkataan "in between". ada dua jenis tweening dalam flash iaitu motion tweening dan shape tween

3) Onion skinning : proses menekap gambar. Sangat bagus untuk pelajar yang tidak pandai untuk melukis dan boleh menggunakan features ini untuk menghasilkan gambar yang cantik

4) Frame by frame : Gambar bingkai dalam turutan yang digunakan untuk menghasilkan animasi\

5) Frame rate : untuk animasi, 12fps adalah sangat sesuai digunakan.. Sekiranya kita letak lebih dari 15, file akan jadi besar dan berat.Pergerakan animasi juga akan jadi lambat