Thursday 8 November 2012

WEEK 9

Hari ini adalah hari pertama kami memulakan kelas untuk 2D animation bersama pensyarah yang digemari ramai di fakulti pendidikan multimedia iaitu Prof Jamaluddin.

Pada hari ini kami perlu mengimbas kembali segala pengetahuan berkaitan subjek authoring system, CD-rom dan technology media design. Kesemua subjek ini adalah related dengan subjek ini dan ilmu itu diguna pakai untuk pembelajaran animation.

Pertama kalinya kami perlu mengetahui dan mengingati tentang elemen penting dalam animation iaitu :

1) Keyframe : keyframe adalah starting dan ending points dalam menghasilkan animation. Kita perlu mempunyai sekurang-kurangnya dua keyframe.

2) Tweening : datang dari perkataan "in between". ada dua jenis tweening dalam flash iaitu motion tweening dan shape tween

3) Onion skinning : proses menekap gambar. Sangat bagus untuk pelajar yang tidak pandai untuk melukis dan boleh menggunakan features ini untuk menghasilkan gambar yang cantik

4) Frame by frame : Gambar bingkai dalam turutan yang digunakan untuk menghasilkan animasi\

5) Frame rate : untuk animasi, 12fps adalah sangat sesuai digunakan.. Sekiranya kita letak lebih dari 15, file akan jadi besar dan berat.Pergerakan animasi juga akan jadi lambat


0 comments:

Post a Comment